Assalam.
Semalam penatnya teman..jemput k.cik kat KL Sentral. Bas bertolak dari Pekan jam 12.42 pm. Dok kira2 ingatkan dia sampai dlm pukul 3 pm. Malang sekali bas yang dia naik tu..Universiti Pahang Malaysia punya bas..punyalah lembap, banyak kali berhenti. Pukul 2.30 pm baru sampai Gambang, boleh? Klu teman yang bawa kete..2.30 pm tu rasanya dh sampai termerloh. Ya la..memanglah teman bawak laju, tp tk logik betul. Bas baru, berhenti 2, 3 kali. Nway, teman syukur jugakla k.cik selamat sampai kat KL Sentral jam 6.30 pm..boleh?
Sampai umah dlm kul 8 lebih..punyalah penat, jalan jam..maklumlah dh start cuti, orang pun ramai nk balik kampung, budak2 balik dr sekolah..adus..penat makcik, tobat tk nak duk kat KL. Dalam kul 9 pm kakak pulak call..tiket air asia dr JB pulak waiting list! Adus sekali lagi, terus teman solat hajat. Nak mintak tolong kat sapa lagi? Klu dia balik besok, kesian pulak kat mak longnya kena hantar subuh2 sekali lagi.
Alhamdulillah, by 9.30 pm tiket dapat..syukur..Dlm kul 11.00 pm, jemput dia kat airport. Terus singgah SALAM, supper..supper benda..dok melantak bagai nk rak!
So today..tk kemana..those girls kena attend tution. Teachers dtg umah, ha tu la..bising lagi..itu susah, ini susah..makcik mmg pantang dengar susah-susah ni..ADIOS!